FLEKSIBEL DENTURE

Untuk gigi palsu sebenarnya ada banyak jenis. Salah satunya adalah Flexible Denture. Seiring dengan namanya, denture/gigi palsu lepas seperti ini mempunya kriteria gigi yang boleh di lentur sedikit. 

Kebanyakan pesakit yang memilih jenis ini bila mereka hanya memerlukan 1-3 batang gigi sahaja untuk di ganti. Terutamanya gigi depan.

Ada juga pesakit yang datang ke klinik memilih gigi palsu jenis ini kerana tidak selesa dengan gigi palsu jenis lama(punya tapak yang besar dan lebar)

Kesesuaian untuk setiap pesakit perlu di periksa dan di analisa oleh doktor supaya gigi palsu yang di hasilkan berbaloi dan boleh berfungsi sebaik nya.

Untuk harga gigi palsu jenis fleksibel ini.. agak tinggi berbanding jenis acrylic di sebabkan oleh bahan dalam membuat tapak jenis fleksibel ini. 

Kebanyakan pesakit yang memakai gigi palsu jenis ini berpuas hati kerana tiada masalah longgar dan kebanyakan berasa selesa.

Gigi palsu jenis ini..kebarangkalian untuk ia patah adalah sikit berbanding dengan gigi palsu jenis acrylic. Namun ada juga kejadian yang gigi palsu ini patah tapi sangat jarang berlaku. Dan selalunya dr akan memberi 'warning' awal kepada pesakit sekiranya risiko patah itu tinggi supaya pesakit 'aware' dan sentiasa berjaga-jaga

Di sini kita sertakan harga gigi palsu fleksibel Klinik Pergigian Rose. Dengan kami boleh bayar ansuran untuk gigi palsu tau!!