Cabutan Gigi Bongsu
Pembedahan Kecil Gigi
(Minor Oral Surgery) di Rose Dental Ampang
Pembedahan kecil gigi atau Minor Oral Surgery adalah jenis pembedahan yang di jalankan acapkali untuk membuang gigi bongsu yang kedudukan nya tidak normal. Contoh nya seperti di bawah.
Apakah keadaan yang menjadi tanda untuk saya perlu menjalankan pembedahan gigi bongsu?
Ok..perlu faham bukan semua orang perlu menjalankan pembedahan gigi bongsu. Selalunya rawatan ini di lakukan atas nasihat doktor setelah menimbang tara keadaan semasa dalam mulut dan kawasan tersebut.
so bila waktu yang doktor akan suggest untuk buat?
1. Bila terdapat pesakit memberi history yang sakit di bahagian tersebut telah jadi berulang kali di mana risiko untuk sakit dan bengkak boleh terjadi lagi dan sekiranya terjadi lagi akan menyebabkan masalah yang lebih besar seperti gangguan pernafasan
2. Terdapat bukti nyata di mana gigi bonsu tersebut telah rosak dan tidak berfungsi ketika mengunyah dan makan. seperti gambar di atas
Pembedahan gigi bongsu ini adalah perkara normal. Anda tidak perlu merasa khuwatir kerana di klinik kami , doktor-doktor berpengalaman serta biasa menjalankan rawatan ini.
Pembedahan kecil gigi biasanya dilakukan di bawah anestesi lokal . Dan pesakit akan di pastikan tidak mengalami sakit semasa pembedahan di jalankan.
Secara umumnya pembedahan kecil ini berisiko rendah. Doktor akan menerangkan segala perkara yang berkaitan sebelum , semasa dan selepas rawatan
Secara keseluruhan, pembedahan gigi kecil bongsu ini merupakan rawatan yang wajib untuk pesakit yang mempunyai masalah di seperti di atas bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini.
Anda perlu membuat pembedahan kecil gigi? Cepat hubungi Rose Dental melalui Whatsapp, atau dapatkan maklumat terkini melalui akaun Instagram @rosedental.my.