TAK SUKA DATANG KLINIK GIGI
TAK SUKA DATANG KLINIK GIGI
Tak pasti kenapa rakyat malaysia ni ramai lagi yang tak suka datang klinik gigi. tapi kalau ikut dulu apa DR pernah belajar, ramai yang tak suka datang klinik gigi or hanya datang bila dah start sakit ada 2 punca.
1. sebab memang dah di momok kan oleh orang dewasa masa kecik2 dulu rawatan gigi ni menyakitkan
2. ade pengalaman yang mengerikan masa kecik2, mungkin masa rawatan di sekolah atau di mana2 klinik mungkin sehingga meninggalkan kesan hitam gitew dalam memori😆
Betul ke betul? Hehehe
Tapi tulah, dr dah banyak dah jumpa acik2, nenek2 yang tak jaga gigi masa muda sampai kena cabut..meluahkan rasa kesal sebab dah susah nak makan dan tak dapat lagi nikmati makanan seperti biasa. Siap suruh dr nasihatkan budak-budak kecik untuk jaga gigi betul-betul.
Datang klinik gigi ni usually dr bukan setakat check 36 batang gigi tu sahaja. tapi dr akan check sekiranya terdapat KETIDAKABNORMALAN dalam mulut. Haaa jangan tak tau..mulut pun boleh salah satu anggota badan yang boleh jadi KANSER. Bukan kanser gigi. tapi kanser lidah @ gusi.
So penting untuk datang ke klinik bukan setakat untuk check gigi tapi untuk salah satu cara memastikan keadaaan dalam mulut sentiasa ok.
Selalunya masalah dalam mulut ni tidak dapat dikesan oleh tuan empunya badan dan tak dapat nak tengok dengan mata sendiri. Makanya perlu orang lain untuk tengok kan.. tapi bukan lah sebarang orang boleh tengok..sebab perlukan ilmu untuk tahu bagaimana keadaan mulut atau gigi atau gusi yang bermasalah tu..😁
So jomlah check gigi at least setahun sekali. tak rugi pun kan..kotlah masatu dr dapat detect ada gigi yang hampir nak berlubang tapi tak berlubang lagi and boleh reverse balik..kan dapat selamatkan gigi dari di tampal or di cabut..in a way boleh selamatkan 'poket' jugak kan😬
Check up/Consultation di KLINIK PERGIGIAN ROSE selalunya di cas secara tahunan. Maksudnya setahun kita hanya charge sekali sahaja untuk CHECK UP semua gigi. kecuali ada kes2 yang memerlukan consultation lain. So, anual cosnultation kat sini dalam RM30-RM50
JOM PAKAT-PAKAT DATANG CHECK UP AND CONSULT!!