Veneer Vs Crown



Untuk gigi yang patah separuh atau pun rosak separuh serta gigi gigi yang telah menjalani rawatan akar, kedua rawatan di atas merupakan rawatan pilihan yang ada dalam memastikan gigi yang bermasalah tu dapat di selamatkan tanpa di cabut.

PERBEZAAN KETARA UNTUK KEDUA RAWATAN DI ATAS ADALAH BERDASARKAN LUAS PERMUKAAN YANG DISELAPUTI OLHE BAHAN SEPERTI COMPOSITE/CERAMIC/PORCELAIN/ZIRCONIA

so macam mana nak tahu which one is suitable for me? Jawapan nya kene datang check dulu di klinik sebab rawatan ini agak 'complicated' memerlukan pemeriksaan yang teliti supaya dr boleh menentukan rawatan mana yang sesuai dan berbaloi serta boleh tahan lama.

Kalau tengok dari gambar di atas boleh lihat untuk veneer.. sarung gigi tersebut hanya menyelaputi di bahagian permukaan depan gigi sahaja berbanding CROWN, ia akan bertindak seperti sarung kepala gigi secara sepenuhnya..

Untuk veneer terdapat 2 jenis berbeza dari jenis bahan dan juga cara ia di hasilkan

1. Veneer dari COMPOSITE
  • - jenis dari bahan tampalan
  • - diukir oleh doktor gigi secara manual di atas kerusi gigi
  • - rawatan mengambil masa sehingga sejam untuk sebatang gigi sahaja
  • - harga lebih murah sekitak rm250-400 sebatang
  • - tidak melibatkan kos lab yang mahal
  • - sekiranya pecah atau patah, mudah untuk diperbaiki

2. Veneer yang dihasilkan di lab
  • - lebih cantik dan lebih aesthetic
  • - lebih tahan lama
  • - bahan terdiri daripada batu berkualiti seperti ceramic, porcelain dan juga zirconia
  • - rawatan mungkin mengambil 2x VISIT
  • - harga lebih mahal sekitar RM1500-1800
  • - lebih berkualiti
  • - lebih keras dan tahan tekanan

Ciri-ciri CROWN adalah sama seperti Veneer yang dihasilkan di lab. Harga pun sama

Untuk rawatan yang mahal-mahal ni usually klinik memang serahkan kepada Doktor pakar terus bagi memastikan hasil gigi yang diberikan berkualiti dan pesakit kita berada di tangan Doktor yang terbaik.

Alhamdulillah setakat ni pesakit-pesakit crown dan veneer kami sangat berpuas hati dan tiada lagi masalah.

So untuk anda-anda yang ada masalah gigi patah atau rosak separuh jangan tunggu lam-lama untuk buat keputusan ya..sebab gigi ni tak boleh tunggu lama..kalau tunggu lama dia jadi tak boleh diselamatkan dan akhirnya terpaksa di cabut.

Jom datang ke KP Rose untuk check up sahaja dan borak2 dengan dr berkenaan harga pun tiada masalah. sebab sukar sebenarnya untuk dr tentukan rawtan yang sesuai sekaligus harga hanya melalui gambar. sebab dr perlu periksa banyak perkara bilamana nak menentukan rawatan yang sesuai untuk sebiji gigi yang berharga tu