“Gigi Rosak atau Hilang? Rawatan Crown & Bridge Adalah Jawapannya!”


Apabila gigi rosak teruk atau tercabut, ia bukan sahaja menjejaskan penampilan — malah boleh memberi kesan kepada cara anda makan, bercakap dan keyakinan diri. Di Klinik Pergigian Rose, kami menawarkan rawatan Crown & Bridge yang mampu kembalikan senyuman anda seperti sediakala.


Apa Itu Crown & Bridge?

πŸ”Ή Crown (Mahkota Gigi) ialah penutup berbentuk gigi yang diletakkan di atas gigi yang lemah atau rosak untuk menguatkannya dan memulihkan fungsinya.

πŸ”Ή Bridge (Jambatan Gigi) digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang, dengan ‘menggantung’ gigi tiruan di antara dua crown gigi asal yang masih kuat.






Kelebihan Rawatan Crown & Bridge:

✔ Tampak semula jadi – sepadan dengan warna gigi sebenar
✔ Kuat dan tahan lama – boleh tahan bertahun-tahun dengan penjagaan baik
✔ Bantu dalam pengunyahan dan percakapan
✔ Elak gigi bersebelahan daripada bergerak ke ruang kosong


Siapa Sesuai Buat Crown & Bridge?

✔ Gigi yang lemah akibat tampalan besar atau kerosakan
✔ Gigi patah atau retak
✔ Gigi hilang satu atau lebih
✔ Selepas rawatan akar (root canal)


Rawatan di Klinik Pergigian Rose

Kami menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti porcelain dan zirconia untuk hasil terbaik dan tahan lama. Rawatan dijalankan oleh doktor bertauliah dan berpengalaman, dengan sentuhan mesra dan profesional.

Kami punya pilihan untuk pesakit mendapatkan rawatan dengan Doktor Pakar menggunakan teknologi terkini dan lebih yakin


Lokasi Kami

πŸ“ Klinik kami terletak di Taman Nirwana ,Ampang - tingkat atas Restoran Fatimah Ghous — mudah diakses dan mesra pelanggan.


Tempah Pemeriksaan Hari Ini!

Jangan tunggu hingga gigi rosak menjadi lebih teruk.
Dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari doktor kami tentang pilihan terbaik untuk anda.

πŸ‘‰ Klik di gambar Whatsapp di bawah untuk temujanji dan sebarang pertanyaan
πŸ“ž Hubungi kami: 0111-669-0532

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JENIS KEKAL DALAM MULUT

RAWATAN GIGI PALSU

BRACES CONVENTIONAL