Tampal gigi


Disclaimer: Jangan terkejut dengan harga dulu. Ianya semua bergantung besar mana dan susah mana dan brapa lama doktor ambil masa untuk tampal. sebab kadang2 gusi berdarah, kadang2 tempat tampalan air liur terlalu banyak. perkara2 tu semua memberi kesan kepada kualiti tamplan tau. apa-apa pun make sure bincang dulu k dengan doktor anda👀

Tampal gigi atau pun ' tooth filling ' merupakan rawatan untuk menampal gigi yang rosak dan berlubang. Rawatan ini perlu di analisa secara teliti dalam menentukan samada gigi tersebut masih dalam keadaan boleh di tampal atau pun tidak. Ini dilakukan oleh doktor gigi yang terlatih dan berpengalaman.

Sebelum melakukan prosedur tampalan gigi, doktor gigi akan melakukan pemeriksaan gigi dan mulut untuk memastikan bahawa tampalan gigi adalah rawatan yang terbaik bagi masalah anda. Kerana terdapat jenis gigi yang tidak lagi dalam keadaaan terbaik untuk di tampal.

Proses tampalan gigi selalunya di jalankan tanpa bius kerana rawatan tampalan sepatutnya tidak memberi rasa sakit. Tetapi pesakit boleh meminta untuk di beri bius setempat sekiranya merasakan 'ngilu' atau pun 'sakit'.

Terdapat 2 jenis tampalan yang sering di jalankan oleh doktor gigi.

1. Tampalan sementara (RM80-100) - tampalan ini akan dijalankan sekiranya gigi tersebut memberi petanda di antara masih boleh di tampal atau mungkin sudah di tahap perlu pada rawatan akar. Tampalan ini selalunya berwarna putih dan rasa seperti cengkih.

2. Tampalan kekal (RM90 ke atas)- terdapat tampalan warna gigi atau tampalan berwarna hitam. Tetapi kebanyakan klinik sekarang tidak lagi mempunyai tampalan berwarna hitam kerana terdapar isu kandungan mercury di dalam bahan tampalan tersebut. Maka kalau di klinik kami hanya terdapat tampalan kekal berwarna gigi sahaja.

Harga tampalan bergantung kepada keadaan lubang pada ketika itu (make sure tanya dulu tau sebelum proceed😀)

Terdapat juga keadaan di mana, gigi tidak berlubang dimana pesakit tidak dapat merasa atau perasan giginya berlubang. Ini selalu terjadi kerana kerosakan gigi tersebut/jangkitan bermula dari bahagian dalam gigi dan akhirnya menjadi seperti 'bom' di mana kebanyakan pesakit merasakan tiba-tiba gigi berlubang besar sedangkan sebelum ini tiada. Keadaan ini dapat di elak kan dengan menjalan kan pemeriksaan gigi setiap 6-12 bulan setiap tahun


Q: Kalau gigi saya patah separuh atau berlubang separuh boleh selamatkan lagi ke doktor?
A: Jawapan nya.. ada yang boleh ada yang tidak boleh..

Q: Macam mana nak tahu Dr?
A: Kene datang check dulu baru Dr boleh periksa dan boleh hakimi keadaan gigi tu boleh di selamatkan lagi atau tidak

Q: Kalau tak boleh selamat macam mana Dr?
A: Haaa boleh tekan link ni --> rawatan untuk gigi yang terpaksa di cabut

Q: Kalau boleh diselamatkan pulak macam mana Dr?
A: Kalau boleh diselamatkan boleh tekan ni -->VENEER VS CROWN